Quantcast
Channel: blog.najahudin.com » islamic book fair
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Bertemu Aku, Isabella dan Tok Kenali di PWTC

0
0

Semalam aku berpeluang ke PWTC. Pameran buku antarabangsa Kuala Lumpur. Sebenarnya pergi mewakili perpustakaan UiTM. Jadi terikat dan tidaklah boleh pusing-pusing. Dari diambil kontraktor buku, dijamu makan hinggalah dibawa pulang, semuanya free. Tugas tak susah, dapatkan katalog dan tanda je buku-buku Islam yang dikehendaki. Tapi sayang, buku Islam yang ada tidak banyak yang berbentuk kajian ilmiah. Kebanyakkannya bacaan santai. Kalau yang kajian ilmiah atau terjemahan kerya besar, hampir semuanya karya tanah seberang. Langit dengan bumi dunia buku Islam kita dengan Indonesia. Paling mengejutkan, harganya empat kali ganda harga asal di Indonesia. Kalau lagu ni, baik ke Indonesia dapat murah, dapat pula bertegur sapa di Tanah Abang.

Aku tak sempat beli buku banyak. Ada la tiga empat buku. Tentang muamalat, takaful dan sebuah buku terbaru Faisal Tehrani. Cuma ketika membelek-belek buku di booth Hidayah, aku terpandang buku tulisan sahabat aku yang terbaru, ‘Travelog Hidayah: Aku, Isabella dan Tok Kenali’. Aku ambil dan terus menghulurkan bayaran di kaunter. Masa balik, ketika kawan-kawan melayan mata, aku melayan buku itu. Lirik-lirik lagu meletopnya juga ada. Aku dah beli, dah baca. Aku cadangkan anda beli, baca dan bersama.


Anak remaja ini seolah-olah melepaskan rasa dendam semasa kecilnya yang dipasung oleh bapa yang sangat prihatin dengan akhlak anaknya. Ini kerana mereka adalah legasi Tok Kenali, ulama tersohor Tanah Serendah Sekebun Bunga. Dia menggelinjang keseronokan berada di wilayah baru tanpa ayah garang yang melotot pandangan mata yang tajam. Dia berlari sesuka hati dan menjadi tarikan pesona kepada bajingan tengik di asrama yang ditakluknya sebagai ‘wilayah jajahan’.

Hukum karma akhirnya menerkam dan menikam ubun-ubunnya yang hijau di dataran kehidupan yang berupa pentas opera. Bob Lokman terkucil dengan keonaran yang diciptanya sendiri. Dia terhukum kejam dengan dibuang asrama. Bagaimana akhirnya anak muda kail panjang sejengkal ini mengharungi hidup selepas SPM dan tanpa kertas maruah yang bernama ijazah, beliau menempuh carut-marut kehidupan di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang tidak bersahabat dengan manusia malas. Dia menjadi pemandu bas dengan menyanyi riang di tengah hiruk-pikuk anak sekolah yang melemaskan, berniaga kecil-kecilan untuk menampung kehidupan, dan menjadi kuli kasar di gedung studio.

Bob Lokman akhirnya terselit di tengah-tengah fenomena rock pada dekad 1980-an. Dia menjadi pencipta lirik yang akhirnya di tengah keriuhan anak seniman, dia terus membina nama di persada seni tanah air. Bob Lokman tersungkur dengan kegemerlapan namanya. Dia tersadung dengan kesakitan. Keperitan dan kejerihan hidup bertindan-tindih menerpa, meluluh lantak jiwa seorang bapa dan suami. Ujian demi ujian yang akhirnya menyeruak dunia kegelapan kepada jalan hidup berfikir.

Dia akhirnya menyapa hidayah Tuhan yang datang, dan kini sanggup berdada dengan sebongkah ujian. Dia sanggup menjalani kehidupan yang sederhana, membuang pakaian kesombongan yang dipakainya dalam dunia seni dengan seribu sihir yang memukau. Dia telah merasai dunia ketawa, dan kini tibalah masanya untuk dunia menangis, bersama gerakan Islam untuk memanggil insan lain bagi bersama-sama merengkuh kasih-sayang Tuhan, Sang Pencipta yang penuh dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

“Aku akan mati berjuang bersama dakwah dengan panduan alim ulama. Doakan aku teman…” ujar Bob Lokman dengan lirih, juga memanggil seluruh peminatnya untuk berada di jalan hidayah ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2

Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.2 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:





Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.1 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.6.0 by Vimeo.com, Inc.

Re:

Re:

Re:

Re: